Saturday, January 26, 2013

Lawatan Pasukan Kesihatan Sekolah


Pada 25 Januari 2013 Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor telah membuat lawatan ke kelas Prasekolah SKGT.
Tujuan lawatan tersebut ialah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi rawatan ringan kepada murid-murid prasekolah. Lawatan ini merupakan aktiviti tahunan Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor.
ceramah penjagaan kesihatan..

murid tekun mendengar ceramah..


Pada 25 Januari 2013 Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor telah membuat lawatan ke kelas Prasekolah SKGT.
Tujuan lawatan tersebut ialah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi rawatan ringan kepada murid-murid prasekolah. Lawatan ini merupakan aktiviti tahunan Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor.

Friday, January 11, 2013

MINGGU ORIENTASI PRASEKOLAH 2013

Minggu Orientasi Prasekolah SKGT telah berjalan selama seminggu. Seperti biasa pelbagai kerenah dapat dirakam sepanjang minggu orientasi tersebut.
kalau tak ada murid yang menangis memang tak sah.. tapi hanya untuk hari pertama sahaja..

aktiviti mewarna
aktiviti kumpulan..


MESYUARAT PEWARIS PRASEKOLAH SKGT 2013

Pada 02.01.2013 telah berlangsung Mesyuarat Pewaris Prasekolah bil 1/2013. Mesyuarat turut dihadiri Tuan Guru Besar, En. Mohd Rusli Husin. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
-         -.  Peraturan prasekolah
-         -. Pakaian
-        - Barang keperluan murid
-        -  Borang-borang yang perlu diisi
-        -  Pemilihan wakil ibu bapa penjaga