Friday, March 6, 2009

PPM bertukar ke SK Rasa

PPM SK Gesir Tengah telah bertukar ke SK Rasa. Buat masa ini terpaksalah Cikgu Sobri dan Cikgu Ros menanggung segala tugas PPM. Apa nak buat, nasib badan..

Gambar kenangan sebahagian murid Prasekolah SKGT dengan Pn. Raja Zurita Hazra..


Thursday, February 19, 2009

Minggu Bahasa Melayu

Sempena Minggu Bahasa Melayu SKGT, Prasekolah telah menganjur beberapa pertandingan. Antaranya pertandingan menulis huruf a-z, menyusun kad huruf a-z dan ejaan.

Murid sedang tekun menulis huruf a-z.
Sampai meleleh air liur Iffat menyusun kad huruf...

Terima kasih kepada Cikgu Emir Hamzah (GPK1), kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Wajah-wajah juara...

Wednesday, February 4, 2009

'Jom hijaukan bumi...'

Murid-murid Prasekolah SKGT telah memulakan 'Projek Hijaukan Bumi'. Kawasan di belakang kelas Prasekolah telah dijadikan tapak untuk menanam pelbagai jenis sayur. Harap-harap, usaha si kecil ini akan membuahkan hasil. Kita tunggulah hasilnya nanti...

Fatihah, Adawyiah dan Raihanah sibuk membersihkan kawasan tanaman..Murid-murid sedang sibuk menyemai biji benih..

Saturday, January 31, 2009

' Happy Birthday ! '




Macam biasalah, tiap-tiap hujung bulan acara wajib di kelas Prasekolah sambutan Majlis Hari Lahir. Bulan Januari ni, Azmizan dan Ishmel Zaris dah cukup umur...

Rakan-rakan lain sibuk nak tumpang bergambar....






Lawatan Klinik Pergigian

Jururawat sedang memberi ceramah tentang kepentingan menjaga gigi kepada murid Prasekolah SKGT

"Tekunnya murid-murid mendengar ceramah!!"


Tunjuk cara menggosok gigi dengan betul...

"Adik-adik, semua orang tunjuk gigi.."









Wednesday, January 28, 2009

Selamat Tahun Baru !!!

Prasekolah SK Gesir Tengah 2009