Thursday, January 21, 2010

Minggu Orientasi Prasekolah SKGT 2010


Murid Prasekolah telah menjalani minggu orientasi bermula 4 hingga 8 Januari 2010. Pelbagai karenah murid baru telah kami rakamkan. Berikut aksi murid prasekolah sepanjang berlangsungnya minggu orientasi.

Mesyuarat dengan waris.

Sunday, November 22, 2009

Majlis Konvokesyen Prasekolah

Majlis Konvokesyen Prasekolah SKGT telah berlangsung pada 19 November 2009. Majlis telah berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar , PIBG SKGT dan semua warga SKGT kerana telah membantu menjayakan majlis tersebut.



Lawatan Klinik Kesihatan




Murid-murid menunggu giliran untuk diperiksa oleh jururawat...


Sambutan Hari Lahir

Satu Majlis Sambutan Hari Lahir telah diadakan untuk murid-murid yang lahir pada bulan November dan Disember. Lihatlah wajah-wajah ceria murid prasekolah SKGT...

Friday, October 9, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Katak kenyang lalu tidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

Saturday, August 29, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga SKGT. Semoga semua ibadah kita diterima Allah SWT, amin.....

Saturday, August 15, 2009

Sambulan Bulan Kemerdekaan

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke 52, pelbagai acara telah dirancang untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan murid. Majlis perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKGT telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohd Rusli Husin.