Sunday, February 13, 2011

Majlis Hari Lahir Uzma

Pada 1 Februari yang lalu, telah diadakan 'Birthday party' untuk Uzma. Terima kasih kepada ibu bapanya kerana sudi memberi sebiji kek dan buah tangan untuk semua murid prasekolah SKGT. Diharap ibu bapa yang lain pun turut memberi sumbangan ketika hari lahir anak masing-masing.


Monday, January 31, 2011

Lawatan Jururawat Pergigian

Pada 28 Januari yang lalu, Jururawat pergigian KKB telah membuat lawatan ke kelas prasekolah SKGT. Murid-murid prasekolah telah diberi ceramah penjagaan gigi dan latihan cara memberus gigi dengan betul. Diharap dengan lawatan tersebut, senyuman mereka makin menawan..







Bermain di taman permainan

Kalau dah namanya kanak-kanak, mesti suka bermain di taman permainan. Untuk tidak mengecewakan murid-murid, mereka telah diberi peluang bermain di taman permainan prasekolah.. lihatlah betapa ceria dan gembiranya mereka..






Tuesday, January 11, 2011

Minggu Orientasi 2011

Sesi persekolahan 2011 telah bermula. Alhamdulillah tahun ni jumlah murid prasekolah telah mengingkat. Seramai 21 orang murid 6 tahun dan 22 orang murid 5 tahun telah mendaftar. Biasa la kalau ramai murid 5 tahun, bermakna ramai la yang menangis pada hari pertama persekolahan.
sedih...

murid dalam aktiviti kumpulan...




Friday, November 12, 2010

Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Gesir Tengah 2010

Pada 11 November 2010, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Gesir Tengah. Terima kasih kepada warga SKGT yang telah bekerjasama menjayakan majlis tersebut.


Prawaja - 5 tahun

Prawira - 6 tahun

Sesi bergambar sebelum majlis bermula.. ada yang tak datang lagi..



Monday, November 1, 2010

Latihan Asas Komputer

Prasekolah SKGT telah dibekalkan 4 buah komputer. 2 buah untuk kelas Prawira dan 2 buah lagi untuk kelas Prawaja. Murid-murid prasekolah amat teruja menjalankan aktiviti menggunakan komputer..



Sunday, August 15, 2010

Sambutan Hari Lahir Januari - Julai 2010

Shamira
Imran
Filzah
Aiman Hasif
Aini Jasmine
Aleeya Maisarah
Atiqah
Azlin Najihah