Friday, March 15, 2013

KEM KREATIF 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR.

Kem Kreatif 1 Malaysia Prasekolah Peringkat Daerah Hulu Selangor 2013 telah diadakan pada 13 Mac 2013. Kem Kreatif 1 Malaysia Prasekolah telah berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Seramai 130 orang murid telah menyertai Kem Kreatif pada tahun ini.
            Penganjuran Kem Kreatif 1 Malaysia Prasekolah Peringkat Daerah Hulu Selangor 2013 ini adalah salah satu usaha untuk menyemai semangat perpaduan, dan semangat 1 Malaysia di kalangan murid prasekolah. Selain itu, program ini juga dapat mencungkil bakat dan potensi murid.



RAWATAN PERGIGIAN

Pada 7 Mac 2013 , murid prasekolah telah menjalani pemeriksaan gigi. Murid yang mempunyai masalah kerosakan gigi diberi rawatan susulan.





Thursday, February 28, 2013

Program Kem Kreatif Prasekolah SKGT 2013

Pada 26 Februari 2013, Prasekolah SKGT telah menganjurkan Program Kem Kreatif Prasekolah. Pihak sekolah juga telah menjemput Prasekolah SK Sg. Selisek untuk memeriahkan lagi program tersebut. Berikut gambar sekitar program tersebut.

fasilitator...















Saturday, January 26, 2013

Lawatan Pasukan Kesihatan Sekolah


Pada 25 Januari 2013 Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor telah membuat lawatan ke kelas Prasekolah SKGT.
Tujuan lawatan tersebut ialah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi rawatan ringan kepada murid-murid prasekolah. Lawatan ini merupakan aktiviti tahunan Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor.
ceramah penjagaan kesihatan..

murid tekun mendengar ceramah..


Pada 25 Januari 2013 Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor telah membuat lawatan ke kelas Prasekolah SKGT.
Tujuan lawatan tersebut ialah untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi rawatan ringan kepada murid-murid prasekolah. Lawatan ini merupakan aktiviti tahunan Pasukan Kesihatan Sekolah, Daerah Hulu Selangor.

Friday, January 11, 2013

MINGGU ORIENTASI PRASEKOLAH 2013

Minggu Orientasi Prasekolah SKGT telah berjalan selama seminggu. Seperti biasa pelbagai kerenah dapat dirakam sepanjang minggu orientasi tersebut.
kalau tak ada murid yang menangis memang tak sah.. tapi hanya untuk hari pertama sahaja..

aktiviti mewarna
aktiviti kumpulan..


MESYUARAT PEWARIS PRASEKOLAH SKGT 2013

Pada 02.01.2013 telah berlangsung Mesyuarat Pewaris Prasekolah bil 1/2013. Mesyuarat turut dihadiri Tuan Guru Besar, En. Mohd Rusli Husin. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
-         -.  Peraturan prasekolah
-         -. Pakaian
-        - Barang keperluan murid
-        -  Borang-borang yang perlu diisi
-        -  Pemilihan wakil ibu bapa penjaga