Sunday, November 22, 2009

Majlis Konvokesyen Prasekolah

Majlis Konvokesyen Prasekolah SKGT telah berlangsung pada 19 November 2009. Majlis telah berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar , PIBG SKGT dan semua warga SKGT kerana telah membantu menjayakan majlis tersebut.



Lawatan Klinik Kesihatan




Murid-murid menunggu giliran untuk diperiksa oleh jururawat...


Sambutan Hari Lahir

Satu Majlis Sambutan Hari Lahir telah diadakan untuk murid-murid yang lahir pada bulan November dan Disember. Lihatlah wajah-wajah ceria murid prasekolah SKGT...

Friday, October 9, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Katak kenyang lalu tidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

Saturday, August 29, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga SKGT. Semoga semua ibadah kita diterima Allah SWT, amin.....

Saturday, August 15, 2009

Sambulan Bulan Kemerdekaan

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke 52, pelbagai acara telah dirancang untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan murid. Majlis perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKGT telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohd Rusli Husin.





Kem Kreatif Prasekolah

Pada 23 Julai 2009 telah berlangsung satu Kem Kreatif khusus untuk murid Prasekolah SKGT.





Wednesday, July 15, 2009

Minggu Pusat Sumber

Prasekolah telah menjalankan beberapa aktiviti sempena minggu pusat sumber. Antaranya ialah Program Pintar Bahasa, Program Pra Nilam, Hafazan, Spelling, Kem Kreatif dan Kuiz Matematik.

Friday, June 5, 2009

Sambutan Hari Lahir bulan Mei

Sebelum cuti sekolah, satu majlis sambutan hari lahir untuk murid yang lahir pada bulan Mei telah diadakan.


Murid menyanyi bersama-sama...

Murid-murid dah tak sabar untuk makan kek..

Friday, May 15, 2009

Rawatan pergigian

Pada 6 Mei yang lalu, murid-murid Prasekolah SKGT telah diberikan rawatan pergigian. Ada dikalangan murid prasekolah menangis kerana takut untuk berjumpa jururawat pergigian. Murid-murid juga dibimbing memberus gigi dengan betul.


Murid diberi rawatan pergigian..



Tunjuk cara memberus gigi dengan betul..


Murid-murid mendengar Ceramah Kesihatan Pergigian..

Selamat Hari Ibu

Sempena sambutan hari ibu, murid-murid prasekolah tidak ketinggalan untuk menghargai ibu masing-masing. Murid Prasekolah telah membuat kad hari ibu untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang.


Saturday, April 25, 2009

Jom Hijaukan Bumi (bahagian 2)

Inilah hasil tanaman murid prasekolah SKGT.

Murid-murid prasekolah amat gembira melihat hasil tanaman mereka. Lepas ni nak tanam sayur apa pulak...



Temasya Sukan Prasekolah Zon 1

SK Gesir Tengah telah terpilih menjadi tuan rumah untuk Temasya sukan Prasekolah Zon 1/2009. Majlis telah berjalan lancar. Tahniah kepada semua pemenang...

En. Zaki turut hadir memberi sokongan kepada team Zon 1...

Atlet SK Gesir Tengah..

Juara bertahan... SKGT menjadi johan bagi acara bola jaring dan bola sepak..

Sambutan Hari Lahir bulan Mac

Antara murid yang menyambut hari lahir pada bulan Mac..


Monday, March 30, 2009

Sukan Tahunan SKGT

Temasya Sukan SKGT telah berlangsung dengan meriahnya pada 29.3.2009 (Ahad). Untuk murid prasekolah, 5 acara telah disediakan. Murid-murid prasekolah turut menyertai acara perbarisan..

Murid-murid bersedia untuk acara perbarisan...

Cikgu Rusli Husin (Guru Besar SKGT) menerima lintas hormat daripada Kontinjen Prasekolah.

Lafaz ikrar kejohanan..

Acara sukaneka..

Acara lari terus 75m lelaki..

Bakal atlet SKGT...

Acara yang paling disukai kanak-kanak, rebut gula-gula..




"Seronoknya dapat hadiah.."

Friday, March 13, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKGT

Pada 13.3.2009, SK Gesir Tengah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Walaupun hujan turun sepanjang hari, majlis tetap berjalan lancar dan meriah. Murid-murid Prasekolah turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut.Murid-murid berselawat dengan bimbingan Ustaz Usman..

Persembahan nasyid daripada sebahagian murid Prasekolah.

Pemenang kuiz.. Akmal Daniel dan Mashitah