Friday, May 15, 2009
Selamat Hari Ibu
Sempena sambutan hari ibu, murid-murid prasekolah tidak ketinggalan untuk menghargai ibu masing-masing. Murid Prasekolah telah membuat kad hari ibu untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang.

Saturday, April 25, 2009
Jom Hijaukan Bumi (bahagian 2)
Inilah hasil tanaman murid prasekolah SKGT.

Murid-murid prasekolah amat gembira melihat hasil tanaman mereka. Lepas ni nak tanam sayur apa pulak...
Temasya Sukan Prasekolah Zon 1
SK Gesir Tengah telah terpilih menjadi tuan rumah untuk Temasya sukan Prasekolah Zon 1/2009. Majlis telah berjalan lancar. Tahniah kepada semua pemenang...

Juara bertahan... SKGT menjadi johan bagi acara bola jaring dan bola sepak..
En. Zaki turut hadir memberi sokongan kepada team Zon 1...
Atlet SK Gesir Tengah..
Monday, March 30, 2009
Sukan Tahunan SKGT
Temasya Sukan SKGT telah berlangsung dengan meriahnya pada 29.3.2009 (Ahad). Untuk murid prasekolah, 5 acara telah disediakan. Murid-murid prasekolah turut menyertai acara perbarisan..
Murid-murid bersedia untuk acara perbarisan...
Cikgu Rusli Husin (Guru Besar SKGT) menerima lintas hormat daripada Kontinjen Prasekolah.
Lafaz ikrar kejohanan..
Acara sukaneka..
Bakal atlet SKGT...
"Seronoknya dapat hadiah.."
Friday, March 13, 2009
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKGT
Pada 13.3.2009, SK Gesir Tengah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Walaupun hujan turun sepanjang hari, majlis tetap berjalan lancar dan meriah. Murid-murid Prasekolah turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut.
Murid-murid berselawat dengan bimbingan Ustaz Usman..
Pemenang kuiz.. Akmal Daniel dan Mashitah
Persembahan nasyid daripada sebahagian murid Prasekolah.
Friday, March 6, 2009
PPM bertukar ke SK Rasa
PPM SK Gesir Tengah telah bertukar ke SK Rasa. Buat masa ini terpaksalah Cikgu Sobri dan Cikgu Ros menanggung segala tugas PPM. Apa nak buat, nasib badan..
Gambar kenangan sebahagian murid Prasekolah SKGT dengan Pn. Raja Zurita Hazra..
Subscribe to:
Posts (Atom)










