Monday, March 30, 2009

Sukan Tahunan SKGT

Temasya Sukan SKGT telah berlangsung dengan meriahnya pada 29.3.2009 (Ahad). Untuk murid prasekolah, 5 acara telah disediakan. Murid-murid prasekolah turut menyertai acara perbarisan..

Murid-murid bersedia untuk acara perbarisan...

Cikgu Rusli Husin (Guru Besar SKGT) menerima lintas hormat daripada Kontinjen Prasekolah.

Lafaz ikrar kejohanan..

Acara sukaneka..

Acara lari terus 75m lelaki..

Bakal atlet SKGT...

Acara yang paling disukai kanak-kanak, rebut gula-gula..




"Seronoknya dapat hadiah.."

Friday, March 13, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKGT

Pada 13.3.2009, SK Gesir Tengah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Walaupun hujan turun sepanjang hari, majlis tetap berjalan lancar dan meriah. Murid-murid Prasekolah turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut.Murid-murid berselawat dengan bimbingan Ustaz Usman..

Persembahan nasyid daripada sebahagian murid Prasekolah.

Pemenang kuiz.. Akmal Daniel dan Mashitah

Friday, March 6, 2009

PPM bertukar ke SK Rasa

PPM SK Gesir Tengah telah bertukar ke SK Rasa. Buat masa ini terpaksalah Cikgu Sobri dan Cikgu Ros menanggung segala tugas PPM. Apa nak buat, nasib badan..

Gambar kenangan sebahagian murid Prasekolah SKGT dengan Pn. Raja Zurita Hazra..


Thursday, February 19, 2009

Minggu Bahasa Melayu

Sempena Minggu Bahasa Melayu SKGT, Prasekolah telah menganjur beberapa pertandingan. Antaranya pertandingan menulis huruf a-z, menyusun kad huruf a-z dan ejaan.

Murid sedang tekun menulis huruf a-z.
Sampai meleleh air liur Iffat menyusun kad huruf...

Terima kasih kepada Cikgu Emir Hamzah (GPK1), kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Wajah-wajah juara...

Wednesday, February 4, 2009

'Jom hijaukan bumi...'

Murid-murid Prasekolah SKGT telah memulakan 'Projek Hijaukan Bumi'. Kawasan di belakang kelas Prasekolah telah dijadikan tapak untuk menanam pelbagai jenis sayur. Harap-harap, usaha si kecil ini akan membuahkan hasil. Kita tunggulah hasilnya nanti...

Fatihah, Adawyiah dan Raihanah sibuk membersihkan kawasan tanaman..Murid-murid sedang sibuk menyemai biji benih..

Saturday, January 31, 2009

' Happy Birthday ! '




Macam biasalah, tiap-tiap hujung bulan acara wajib di kelas Prasekolah sambutan Majlis Hari Lahir. Bulan Januari ni, Azmizan dan Ishmel Zaris dah cukup umur...

Rakan-rakan lain sibuk nak tumpang bergambar....






Lawatan Klinik Pergigian

Jururawat sedang memberi ceramah tentang kepentingan menjaga gigi kepada murid Prasekolah SKGT

"Tekunnya murid-murid mendengar ceramah!!"


Tunjuk cara menggosok gigi dengan betul...

"Adik-adik, semua orang tunjuk gigi.."